Jumat, 04 November 2011

SYEKH SAMMAN AL MADANI



SYEKH SAMMAN AL-MADANI
Beliau Syekh Muhammad bin Abdul Karim as-Samman al-Qadiri al-Hasani di lahirkan pada tahun 1132 H, di Madinaturrasul
(syahdan) adalah nama beliau Sayyidi Syekh Samman itu dari pada lauhil mahfuz dan setengah dari pada WAZAN MAHDI menyebutkan yang demekian itu di dalam kitab THABAQAT bagi Sayyid Shmad as-syarnubi, maka lihatlah di dalam THABAQATnya itu

Adalah ta'biat Sayyidi Syekh Samman ra. kasih sayang kepada orang yang thalibul ilmu dan kepada orang yang sholih, dan kepada orang yang faqir dan miskin dan lagi pula suka berkhidmah kepada orang yang ziarah ke maqam Rasulullah dari pada orang yang ‘alim dan orang yang sholih dari pada orang awam dan khawwas

Adalah tabi’at Sayyidi Syekh Samman selagi kecil hingga pada had mursyidnya adalah beliau sangat memuliakan kedua orang tua beliau, lagi pula mengekalkan musyahadatuwujud dan muraqabah dan ‘ibadah hingga beliau meninggalkan dari pada adat dan melawani hawa nafsu beliau hingga dari pada yang halal sekalipun, dan tidaklah beliau tidur kecuali sedikit jua, dan apabila diberi bantal oleh orang tua beliau maka keluh kesahlah beliau seperti orang yang sakit, dan apabila sampai pada waktu syahur beliau bangun dan membaca ratib syahur lalu sembahyang subuh berjama’ah dengan orang banyak lalu membaca ratib subuh hingga terbit matahari, dan apabila terbit matahari maka bangkitlah beliau untuk sholat sunat isyraq dua raka’at, dan apabila naik matahari seperempat maka bangkitlah beliau untuk sholat dhuha, dan lagi pula adalah beliau membanyakkan puasa sunnat dan riyadhah dan menjauhkan dari bersedap dari lezatnya dunia sampai dari pada yang halal sekalipun. Saat beliau semasa kecil  yakni sebelum balignya, pada masa itulah beliau disuruh orang tuanya masuk ke dalam shiwan (tempat makan) untuk diberi makan makanan, mana kala selesai makan dilihat oleh orang tuanya tempat ia makan seolah-olah tak dimakan, dan pergilah orang tuanya kepada guru mengaji al-qur’an semasa kecil nya untuk menghabarkan hal ihwal anaknya, maka dijawab oleh gurunya janganlah engkau takut akan anakmu itu, tidak syak lagi bahwa ia adalah aulia Allah dan tidak khilaf lagi antara ulama, dan adalah Sayyidi Syekh Samman apabila melihat orang tuanya memakai pakaian yang indah-indah atau memakai pakaian yang dilarang syara’ maka dikatakan kepadanya wahai orang tuaku tidaklah suka Tuhan kita kepada orang yang bersuka-suka di dalam dunia ini,demikianlah hal ihwal masa kecil beliau

(Syahdan) adalah Sayyidi Syekh Samman al-Madani selalu dalam zdikir siang dan malam dan suka ber’ujlah (bersunyi dari manusia) dan masuk khalwat serta melajimkan ziarah ke baqi’ yakni pekuburan para istri-istri Rasulullah di Madinaturrasul ,

Dan adalah hal ihwalnya Sayyidi Syekh Samman al-Madani pada masa bidayahnya yakni masa awal permulaan beliau menjalani akan jalan tasawuf beliau berpakaian dengan pakaian yang indah-indah kemudian datang Sayyidi Syekh Sayyid Abdul Qadir al-Jailani membawa baju jubah putih padahal adalah Sayyidi Syekh Samman dalam kamar khalwat beliau dan memakailah akan baju jubah itu sampai sekarang, dan adalah beliau saat itu menyembunyikan ilmu dan amal beliau hingga datang hadhdharurrasul memerintahkan untuk menzahirkannya, maka zhahirlah lebih zhahir dari matahari di tengah hari, dan berdatanganlah orang-orang untuk mengambi bai’at thariqat kepada beliau

Setengah perkataan Sayyidi Syekh Samman al-Madani:
-barang siapa membaca ” Allahummagfir li ummati sayyidina muhammad, allahummarham ummata sayyidina muhammad, allahummastur ummata sayyidina muhammad, allahummajbur ummata sayyidina muhammad ” 4 kali sesudah sholat subuh sebelum berkata-kata urusan dunia halnya dia istiqamah adalah dia menempati martabat fadilah qutub
-barang siapa mengambil tariqat kepadaku dan mengamalkannya niscaya pasti ia akan mendapat kan rasa majzub di dalam dunia (di ambil oleh Allah aqalnya yang basyari’ah diganti dengan aqal yang bersifat rabbaniyah) yakni diambil oleh Allah akan rasa punya wujud dan sifat dan af’al diganti dengan rasa ‘adam mahdhah adam semata-mata yakni tiada punya wujud, sifat dan af’al melainkan hanya Allah SWT yang punya wujud haqiqi, minimal saat sakaratul mautnya
-adalah perkataanku ini seperti perkataan Sayyidi Syekh Abdul Qadir al-Jailani “Barang siapa yang menyeru akan aku ya Samman 3 kali hal keadaannya mendapat kesusahan, niscaya datang aku menolonginya


(Syahdan) adalah karamat Sayyidi Syekh Samman teramat banyak dan sebagian karamat Sayyidi Syekh Samman yang di riwayatkan Mufriin bin Abdul Mu’in dengan katanya : ketika aku berlayar ke negeri hijaz mana kala aku sampai di tepi laut ku lihat mega hitam pekat dan datang angin tupan yang kencang hingga kapalku hampir tenggelam maka aku sangat takut,lalu aku berteriak sehabis-habis suara ” ya Samman 3 kali ya mahdali” maka tiba-tiba ada dua orang yang datang dan memegang kedua sisi kapalku dan redalah angin tupan itu serta sampai lah aku ke negeri hijaz dengan selamat

(Syahdan) adalah seseorang untuk dapat fadhilah satu karamat aulia Allah hendaklah ia yaqin bahwa orang itu benar” aulia Allah dan tidak ragu dan jangan mungkir walau pun hal keadaannya menyalahi syara’

khatim ” adalah Sayyidi Syekh Samman meninggal dunia pada hari rabu 2 zdulhijjah tahun 1189 H, dan di maqamkan di baqi’ berhampiran dengan kubur para istri-istri Rasulullah

Ini suatu fa’idah barang siapa yang melajimkan membaca manaqib Sayyidi Syekh Samman bersama orang banyak dan membaca qur’an serta bertahlil kemudian bersedekah semampunya dan pahalanya di hadiahkan kepada Sayyidi Syekh Samman, insyaAllah di mudahkan rezqinya oleh allah SWT.

(Mohon ma'af dan ridha jika salah dalam penulisan)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar